Tuesday, June 10, 2008

Sejarah Pementasan Tok Perak (1975 & 1979)

Syed Alwi pernah mementaskan Tok Perak sebanyak dua lagi. Kali pertama di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Kali kedua juga di tempat yang sama pada tahun 1979.

“ Their insistant discharge reveals tehe inner conflict experienced by medicine man. While entering into society by adopting into a family, Tok Perak cannot so easily shed off his lust for adventure. Thus Tok Perak becomes a powerful metaphor for the dual nature of man. His unfettered movement towards self-expression is achieved at the cost of loneliness. Yet Tok Perak’s desira for and uncluttered life-style is subtly balanced by his need to belong to a family, to society.”

- Utih : New Straits Times : 24 Ogos 1975 -

“ Syed Alwi cuba menyelami jiwa seorang ‘outsider’ yang kerap dipandang hina oleh lojinya, impiannya, dorongan-dorongan hidupnya. Sambil mengupas pengarang sedar bertapa mustahilnya mengenal seorang manusia itu dalam serba komplexsitinya – terutamanya seorang manusia seperti Tok Perak yang sentiasa memainkan Tok Perak."

- Mat Solo : Berita Harian : 24 September 1975 –

“ Hikmat Tok Perak, “ Hikmat bukan sebarang hikmat,” diperlukan untuk menghidupakan Tok Perak. Konsep teater yang tersirat dalam drama ini tidak mudah dijelmakan dengan sepenuhnya – walaupun benar konsep ini tidak boleh dikatakan eksperimental. Bahasa beraneka nada, dan perlu disampaikan dengan makna yang berlapisan. Tujuan pengarang meminta nada lakon beraneka corak, yang kompleks (terutamanya peranan yang akan dimainkan oleh penulisanya sendiri.). Unsur-unsur teater seperti tarian, gerak bayang, filem, nyanyian dan muzik perlu disulam dengan teliti untuk menyampaikan dimensi-dimensi makna dan
semangat drama ini.”

- Salleh Joned : Mingguan Malaysia : 2 November 1975 -

“ ‘ Aku bukan sasterawan! ’ Bantahan ini juga membawa pengertian yang lain, jika kita fikirkan imej ‘sasterawan’ yang biasa difahamkan dinegeri ini. Syed Alwi boleh dikatakan seorang ‘outsider’ dalam dunia sastera Melayu, kerana dia bukan sasterawan dalam pengertian yang biasa. Lebih tepat mengatakan bahawa Syed Alwi ialah Tok Perak dikalangan sasterawan kita yang berjiwa domestik. Dalam gaya hidupanya, dalam minatnya sebagai manusia dan seniman, Syed sentiasa dipinggir masyarakat sastera Melayu.”

- Salleh Joned : Berita Minggu : 9 November 1975 –

“ The conflict is an eternal human conflict – between the need for love and permanence and the longing to remain and untrammeled free – striding individual. In exploring this conflict, Syed Alwi’s ” Tok Perak” penetrates into regions seldom traversed, lighting up dark recesses of the human psyche, revealing significant shapes and patterns, coming close to and inturtive understanding of the mystery of being.”

- Adibah Amin : New Sunday Times : 9 November 1975 -

“ Tok Perak seorang pencari. Pencari identity diri. Pencari kedamaian. Pencari kerukunan. Pencari kasih sayang. Pencari kepercayaan. Tok Perak dengan permasalahan dan komitmen-komitmennya yang tersendiri sebagai manusia. Tok Perak sekaligus menjadi pencari, peramal dan pelindung. Tok Perak sekaligus dibenci, dihina tapi akhirnya disanjung.”

- Johan Jaaffar : Berita Harian : 18 November 1975 -

" Malam itu Tok Perak macam seorang perenung yang tenang dan sabar, seorang yang lelaki yang bijaksana. Bukan seorang pemborak ( cuma sekali ketika berjumpa dengan Baru dia jadi pemborak ), bukan seorang percarut walaupun sekali dua dia mencarut, bukan seorang permutarbelit, dan bukan katak di bawah tempurung. Ada dua sebab kenapa terjadi begitu. Pertama : waktu Tok Perak di luar kehidupan impiannya terlalu pendek. Kedua : lakonan Syed Alwi. Dan rupanya ada lagi sebab ketiga : gambaran impian Tok Perak tidak banyak ( bukan tidak ada ) diganggu oleh cara hidupnya di dunia nyata. "
- Dinsman : Dewan Sastera : Disember 1975 -

No comments: